Wednesday, June 23, 2010

Muslim Icon :Suatu Pengenalan


Muslim Icon
"Boikot Produk Yahudi!"

"Seringgit yang anda belanjakan akan digunakan untuk menampung satu peluru yang digunakan bagi membunuh seorang kanak-kanak Palestin."

"Ayam sembelihan syarikat XXXXXX didapati tidak putus uratnya."

"Pusat pemprosesan ayam di sebelah kandang babi"

"Sosej lembu bersadur usus babi"

"Tanda halal pada bungkusan TULANG RUSUK BABI MUDA"



Begitu banyaknya isu-isu yang timbul berkaitan dengan makanan umat Islam di Malaysia sekarang. Dan begitu banyaknya laungan-laungan yang menganjurkan kita supaya kita memboikot produk-produk tertentu.

Bagaimanakah reaksi kita terhadap semua ini?

Hanya melihat, dan kadang-kadang mengutuk?

Meneruskan hidup seperti biasa?

Memboikot sebentar, dan kemudian kembali seperti biasa?


Bagaimana kita bergerakbalas bergantung kepada tahap kesedaran kita.

Kesedaran akan pentingnya menjaga kualiti bahan yang kita masukkan ke dalam badan.

Kesedaran akan pentingnya menjaga badan kita daripada tumbuh berasaskan bahan yang haram.

Kesedaran bahawa semua bahan yang kita masukkan ke dalam mulut kita semuanya akan DIPERSOALKAN oleh Allah di akhirat nanti.

 Persoalannya, di manakah alternatif kepada semua isu-isu di atas?


Justeru, bagi menjawab persoalan di atas, kami telah berusaha untuk menyediakan alternatif barangan halal kepada semua warga UIA Kuantan. Kini anda telah mampu memiliki produk-produk keperluan harian yang halal, bersih, berkualiti dan diyakini



Info MUSLIM ICON:

-sebuah stokis HPA

-terletak di UIA Kuantan

-membawa alternatif kepada makanan yang halal

-Dianggotai oleh pelajar2 pelbagai kos - click here for committe's info

-Sila hubungi kami untuk mendapatkan barangan harian yang halal dan berkualiti


No comments:

Post a Comment