Friday, June 25, 2010

Perutusan Lembaga Pengarah HPA

Perutusan Lembaga Pengarah HPA
pu5.jpgSejak turun temurun lagi masyarakat kita telah pun mengamalkan penggunaan barangan herba sebagai ubat bagi mengatasi segala jenis penyakit. Atas kaedah inilah HPA diasaskan. Alhamdulillah kita dapat bersama membina bukan sahaja satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan hidup sekeluarga.
Sejajar dengan peredaran modenisasi masa kini, rawatan herba HPA juga dapat menepati proses pengeluaran yang canggih. Dengan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik “Good Manufacturing Practice” (GMP), syarikat HPA berupaya menjamin mutu kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.
Menjelang alaf baru ini, syarikat HPA menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Syarikat HPA komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan kita bersama. Sekian. Wassalam.
Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd)
“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad


“Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin.” – Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

No comments:

Post a Comment